'Saya harap dapat berduet dengan Siti Nurhaliza' - Aliff teringin nak berduet dengan Siti, Awie, Jamal Abdillah & Anuar Zain walaupun sedar suara tak sedap



Biarpun dihentam oleh netizen dan terbaru dihentam oleh penyanyi Wings, Dato' Awie yang melabelnya sebagai perosak industri muzik, ahli perniagaan kontroversi, Aliff Syukri Kamarzaman tetap menyatakan hasratnya untuk berduet dengan penyanyi tempatan. 


Penyanyi nombor satu Malaysia (self proclaimed) itu mendakwa, dia amat meminati Siti Nurhaliza dan berharap dapat berduet dengannya. 


"Saya berharap dapat berduet dengan Siti Nurhaliza. Kalau beliau lihat video ini, mungkin impian saya akan tercapai. Bagi saya, tak ada lagu saya yang tak trending walaupun saya juga tak dapat sebarang anugerah," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Jumaat, 19 Ogos 2022. 


Selain Siti Nurhaliza, Aliff juga mahu berduet dengan Awie, Jamal Abdillah dan Anuar Zain. 


Jelas Aliff, kecaman, cacian dan makian orang terhadapnya tidak memberikan kesan kepada diri kerana lagunya tetap trending di laman YouTube tanpa dia perlu membayar 10 sen pun kepada YouTube untuk menaikkan jumlah penonton muzik videonya Baby Sayang. 


Dalam pada itu, dia turut membandingkan usahanya dengan selebriti lain yang bersusah payah mengeluarkan lagu tetapi tidak trending, berbanding muzik videonya yang hanya mengambil masa beberapa jam selepas diterbitkan terus trending di laman itu. 


"Saya berdiri 'stand alone' walaupun banyak selebriti keluarkan lagi, macam-macam cerita keluar, saya nombor satu. Ini membuktikan suara saya ada 'value', walaupun ada orang kata suara saya macam itik dan lembu. 


"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat saya yang setia bersama saya daripada satu lagu sampai 10 lagu dan saya juga ada dapat tawaran untuk membuat persembahan," katanya. 


Aliff percaya dengan tawaran itu, dia mempunyai aura seorang artis dan memaklumkan penghasilan lagu single itu setiap tahun hanya sekadar untuk memenuhi minatnya untuk menjadi penyanyi. 



source https://www.thereporter.my/2022/08/saya-harap-dapat-berduet-dengan-siti.html
Previous
Next Post »