(Video) 'Saya mengakui ibu saya mencuri 3 coklat Cadbury, 2 botol syampu Rejoice' - Anak tampil mohon maaf bagi pihak ibunya



Susulan kejadian pencuri menuntut permohonan maaf dari pekerja kedai serbaneka yang menularkan video dirinya mencuri coklat Cadbury dan mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerja terbabit, Frank Hutapea, anak kepada peguam terkenal di Indonesia, Hotman Paris, telah tampil membuat laporan polis bagi pihak Alfamart. 


Enggan memanjangkan kes, wanita yang didakwa mencuri, Mariana, tampil membuat permohonan maaf dan mengaku telah mencuri tiga coklat Cadbury dan dua botol syampu Rejoice. 


Baca: Pencuri bawa lawyer tuntut pekerja kedai mohon maaf kerana viralkan video dirinya mencuri


Dalam video permohonan maaf itu, anak perempuan kepada Mariana membaca pengakuan dan permohonan maaf tersebut bagi pihak ibunya. 


"Saya bagi pihak ibu saya, memohon maaf secara khusus kepada Amelia (pekerja Alfamart), pengurusan Alfamart Tangerang secara menyeluruh. 


"Saya dengan ini mengakui bahawa ibu saya telah melakukan pencurian tiga buah coklat dan dua botol syampu, termasuk mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap Amelia. 


"Saya mohon maaf sangat-sangat kepada saudari Amelia dan keluarganya," katanya. 



Tidak dapat dipastikan sama ada Mariana akan dikenakan tindakan undang-undang atau dibebaskan begitu sahaja. 


Di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana Mariana yang sepatutnya membuat permohonan maaf, bukan anak perempuannya. 



source https://www.thereporter.my/2022/08/video-saya-mengakui-ibu-saya-mencuri-3.html
Previous
Next Post »