(Video) 'Aku cabar kau si*l, datang sini fight dengan aku!' - Lempar kata-kata kesat terhadap TMJ, pembantu penjual buah ditahan polis


Polis menahan seorang lelaki di kediamannya di Ayer Hitam dekat Batu Pahat malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung isu penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial, baru-baru ini.


Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pembantu penjual buah berumur 31 tahun itu dipercayai memuat naik sebuah video yang mengandungi kata-kata kesat dan perkataan jelik menerusi akaun instagram @amirul_naito.


Beliau berkata 10 laporan polis telah dibuat berhubung video berkenaan, dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


“Individu yang ditangkap ini memang ada rekod jenayah di bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan dan telah menjalani hukuman pada tahun 2017, dan mengulanginya pada tahun 2020,” katanya dalam sidang media secara dalam talian di laman Facebook Polis Johor, di Batu Pahat hari ini.


Baru-baru ini, tular satu video berdurasi 32 saat memaparkan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata jelik serta bernada marah ke atas Tunku Mahkota Johor.



Sumber: Bernama



source https://www.thereporter.my/2021/07/video-aku-cabar-kau-sil-datang-sini.html
Previous
Next Post »