2 maut selepas motosikal ditunggang bertembung ketika berlumba haram, salah seorang mangsa disahkan positif Covid-19


Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan lumba haram di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau, petang semalam. 


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang dan kedua-dua mangsa, Mohamad Ekhsan, 16, dan Rendy Salombe, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikal kedua-dua mangsa bertembung sesama sendiri.


"Selain tidak memiliki lesen, ketika kejadian kedua-dua penunggang juga tidak memakai topi keledar dan mereka disyaki terbabit dalam aktiviti lumba haram. 


Polis kini sedang mengesan pemilik sebenar motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu kerana alamat pemilik berdaftar adalah di Semporna. 


Difahamkan, lokasi kejadian merupakan kawasan yang kerap digunakan untuk aktiviti dan penganjuran sukan permotoran (drag racing). 


Keputusan ujian saringan Covid-19 mendapati, salah seorang mangsa positif Covid-19. Sampel darah mereka kini sedang diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematian. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2021/07/2-maut-selepas-motosikal-ditunggang.html
Previous
Next Post »