Remaja dirogol pembekal sate berulang kali, ibu saudaranya tahu tetapi enggan peduli


Seorang remaja berusia 18 tahun tampil membuat laporan polis pada Ahad, 25 Julai 2021, mendakwa dia telah dirogol oleh pembekal sate yang juga merupakan bapa saudaranya. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa yang kehilangan ibunya sejak berusia 10 tahun telah dijaga oleh ibu saudaranya. 


Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, dia telah dirogol sejak Oktober 2018 di rumah mereka di Alor Gejah. Kejadian itu turut diketahui oleh ibu saudaranya yang juga isteri kepada suspek. 


Difahamkan pada hari kejadian iaitu Oktober jam 5 pagi, mangsa telah dipanggil oleh ibu saudaranya untuk masuk ke bilik dan diperiksa sama ada dia masih dara atau tidak. Selepas itu, wanita berkenaan menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengan suaminya. 


Sejak dari itu, mangsa dirogol berulang kali oleh suspek dan isteri suspek langsung tidak mempedulikan hal itu. Tidak tahan diperlakukan seperti itu, mangsa tampil membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan tersebut, isteri suspek berusia 37 tahun telah ditahan pada hari yang sama, manakala suaminya berusia 39 tahun ditahan pada 22 Julai jam 6 petang dan direman sehingga 29 Julai untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2021/07/remaja-dirogol-pembekal-sate-berulang.html
Previous
Next Post »