Benjy Ibrahim meninggal dunia akibat penyakit asma


Pelakon Benjy Ibrahim atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad, 11 Julai 2021. 


Anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi akibat penyakit Asma dan perkara itu dimaklumkan oleh bapa Benjy, iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi. 


Menurut Khairil, urusan pengebumian anak sulungnya itu akan dilakukan di Medan.


Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), akan menghubungi pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk mendapatkan bantuan bagi pengurusan jenzah dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian. 


Pada tahun 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu. Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah methamphetamine yang disembunyikan di dalam lubang duburnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera. 


Namun pada tahun 2020, Benjy dilaporkan mengalami masalah kesihatan di mana penyakit asma yang dihidapinya sangat kritikal dan batuk tanpa henti sehingga terpaksa menghubungi rakan-rakan artis di Malaysia untuk meminta bantuan. 


Sumber: Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2021/07/benjy-ibrahim-meninggal-dunia-akibat.html
Previous
Next Post »