Zakar manusia semakin mengecut akibat pencemaran - Saintis beri amaran


Seorang profesor perubatan alam sekitar dan kesihatan awam di sebuah sekolah perubatan di New York City yang mengkaji trend kesuburan, Shanna Swan, memberi amaran bahawa pencemaran yang berlaku boleh mempengaruhi ukuran zakar.


Beliau berkata, masalah ini berterusan mencatatkan peningkatan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 


Swan berkata, disebabkan tahap pencemaran yang tinggi, bayi yang dilahirkan pada masa ini saiz zakarnya adalah lebih kecil. Dalam bukunya yang bertajuk 'Count Down' juga mengatakan bahawa manusia menghadapi krisis eksistensial pada tahap kesuburan akibat pencemaran. 


Akibatnya, zakar manusia mengecut dan tidak berfungsi. Faktor-faktor itu menurut Swan, akan menyebabkan pembiakan manusia berada dalam situasi yang agak mencabar. 


Dalam kajiannya, Swan menjelaskan bahawa penyebab kepada pengecutan zakar adalah phthalates. Phthalates adalah bahan kimia yang biasa digunakan dalam pengeluaran plastik di mana fungsinya adalah untuk membuat plastik menjadi felksibel. 


Walau bagaimanapun, phthalates mempengaruhi sistem endokrin penghasil hormon pada manusia. Apabila janin terdedah kepada phthalates, berkemungkinan besar bayi yang dilahirkan itu mempunyai zakar yang lebih kecil. 


Dia juga mendapati, bayi lelaki yang terdedah kepada phthalates di rahim mempunyai jarak anogenital yang lebih pendek. Ini berkaitan dengan isipadu zakar. 


Swan menunjukkan bahawa, phthalates dapat disebarkan melalui mainan dan makanan. Yang akhirnya mengakibatkan gangguan pada pengeluaran hormon semula jadi dan disebabkan oleh itu, ia dianggap berbahaya kepada perkembangan manusia. 


Tambahnya, dunia perlu mengambil tindakan segera untuk menangani isu pencemaran udara yang menjadi ancaman terbesar terhadap kesihatan alam sekitar. 


Sumber: Business Today



source https://www.thereporter.my/2021/03/zakar-manusia-semakin-mengecut-akibat.html
Previous
Next Post »