'Diorg janji nak beli beg tapi...' Remaja perempuan dirogol 20 lelaki selama 8 hari


Remaja perempuan berusia 15 tahun telah dirogol kira-kira 20 lelaki durjana selama lapan hari berturut-turut. 


20 suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes rogol yang berlaku di badar Jhalawar, Rajasthan, India itu telah ditahan polis. 


Dua pegawai polis turut digantung tugas atas tuduhan mengabaikan kes selepas gagal mengambil sebarang tindakan setelah 10 hari kes itu berlaku. 


Mangsa dipercayai telah dibawa oleh rakannya dan seorang lagi individu ke bandar untuk membeli beg sekolah untuk mangsa. 


Mangsa mendakwa dia telah diberikan dadah dan dirogol oleh sekumpulan lelaki di taman awam dan beberapa tempat lain di sekitar bandar selama lapan hari pada penghujung Februari 2021. 


Empat dari 20 suspek yang ditahan itu merupakan individu yang masih bawah umur. 


Polis tempatan, Superintendan Sharad Choudhary berkata, "Dua pegawai polis yang mengendalikan kes ini gagal mengambil sebarang tindakan walaupun kes sudah berlaku 10 hari dan tiada usaha untuk melindungi mangsa".


Sumber: Times of India



source https://www.thereporter.my/2021/03/diorg-janji-nak-beli-beg-tapi-remaja.html
Previous
Next Post »