(5 Foto) 'Badan sado bertatu acah gengster tapi mengunyit!' - Pusat Urut Geng Kunyit ditutup


Sebuah premis yang menjalankan aktiviti songsang (gay) di sebalik perkhidmatan mengurut tanpa lesen di Warisan City View, Cheras, Kuala Lumpur, telah ditutup dan disita. 


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan operasi tindakan khas terhadap premis haram itu pada petang Isnin, 29 Mac 2021. 


Berdasarkan siasatan dan risikan, aktiviti tidak bermoral (urutan gay) itu dilakukan di tingkat dua premis berkenaan melibatkan 8 buah bilik yang dijadikan tempat mengurut dan aktiviti seks sejenis. 


Ketika diserbu, seramai lima orang lelaki warga Vietnam, Syria dan Indonesia bekerja sebagai tukang urut ditahan. Dua lagi lelaki warga Myanmar yang merupakan pelanggan serta seorang lelaki warga Indonesia sebagai penjaga premis ditahan untuk diambil keterangan untuk proses dokumentasi DBKL. 


DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.


Sebanyak 25 pelbagai peralatan premis itu seperti kondom, minyak pelincir dan lain-lain turut disita. Premis itu terus ditutup serta-merta menerusi Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976. 



DBKL menegaskan, pihaknya akan meneruskan operasi seumpama itu dari masa ke semasa dan meminta warga kota terus memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada DBKL.


Sumber: DBKL



source https://www.thereporter.my/2021/03/5-foto-badan-sado-bertatu-acah-gengster.html
Previous
Next Post »