(Video) Ibu ayam jaga 3 ekor anak kucing yang kematian ibunya


Ini adalah saat yang menggembirakan bagi seorang petani ini apabila dia mendapati seekor ayam betina yang diternaknya telah menggambil beberapa ekor anak kucing dan dilindungi di bawah badannya.


Goran A Surchi sebelum itu tercari-cari bunyi kucing yang didengarinya berdekatan dengan reban ayam di kediamannya di Erbil, utara Iraq. 


Petani itu tidak menyangka, bunyi kucing yang didengarinya itu rupa-rupanya berada dekat dengan haiwan ternakannya sendiri. 


Video menunjukkan Goran berjalan menghampiri seekor ayam betina sebelum mengangkat badannya dengan perlahan dan ternampak anak-anak kucing yang berlindung di bawahnya. 


Anak-anak kucing yang berusia anggaran 2 bulan itu mengeluarkan bunyi mengiaw kecil ketika mendapati tempat perlindungan mereka terdedah. 



Klip video itu juga viral di media sosial dan telah ditonton lebih dari 300,000 tontonan sejak dimuat naik ke laman Tik Tok. 


"Saya biasa mendengar bunyi kucing berdekatan dengan reban ayam, jadi saya selalu ingin tahu apa yang berlaku kerana bimbang dengan keselamatan ternakan saya. 


"Setelah mendapati ada anak kucing di bawah ayam betina itu, saya segera merakam video kerana tidak mahu melepaskan peluang yang jarang dilihat ini. Dan saya terkejut apabila melihat tiga ekor anak kucing dilindung di bawah badannya," katanya. 


Tidak lama kemudian, Goran mendapati ibu kepada anak-anak kucing itu lemas di kawasan tasik berhampiran ladangnya.


Goran mengambil keputusan untuk membiarkan saja tiga ekor anak kucing itu tinggal bersama ibu angkatnya. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2021/03/video-ibu-ayam-jaga-3-ekor-anak-kucing.html
Previous
Next Post »