(Video) 'Dia masuk balik nak selamatkan mak' - 2 beranak lemas, driver tertekan pedal minyak & kereta menjunam ke dalam tasik


Seorang wanita dan anak perempuannya dilaporkan lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik dalam kejadian yang berlaku di Serdang, Bandar Baharu, Kedah. 


Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Mohd Akmal Hisam Abd Khupur berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang yang membabitkan mangsa, Hasmah Mat Isa, 69, dan anaknya Noraiza Hashim, 28. 


Siasatan polis mendapati, kereta Proton Persona itu terdahulu diletakkan di kawasan pakir Tasik Lake Resort. Dua beranak itu dikatakan datang ke tasik itu untuk berjogging.


Mangsa dipercayai tertekan pedal minyak yang menyebabkan kereta itu meluncur masuk ke dalam tasik. Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kereta sebelum lemas. 


Menurut laporan media lain, Noraiza dikatakna berada di luar kenderaan untuk cuba menyelamatkan ibunya selepas kereta terjunam ke dalam tasik. Empat orang awam juga turut membantu menyelamatkan dua beranak berkenaan tetapi gagal.


Mayat dua beranak itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba pada jam 8.40 malam, manakala kereta Proton Persona dibawa naik ke permukaan pada jam 11 malam. 


Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat. 







Sumber: Bernama, Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2021/03/video-dia-masuk-balik-nak-selamatkan.html
Previous
Next Post »