Polis siasat majlis pernikahan Neelofa & Riz kerana didapati tak patuh SOP & tiada penjarakan fizikal


Semalam, selebriti Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, pada jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka. 


Neelofa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada Haris, manakala hantaran hanya yang wajib. 


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. 


"Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia adalah seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa," katanya. 


Majlis itu dilaporkan (sumber Harian Metro) dihadiri oleh 200 tetamu antaranya adalah ahli keluarga Neelofa, ahli keluarga Haris. 


Majlis itu dikatakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengadakan majlis pernikahan di mana semua tetamu yang hadir menjaga penjarakan sosial, selain memakai pelitup muka. 


Hari ini, media yang sama melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan selebriti itu. Penganjur majlis iaitu Neelofa dan Haris akan dipanggil untuk diambil keterangan untuk membantu siasatan. 


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pengecahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) setelah mendapati majlis itu gagal mematuhi SOP yang ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal. 


"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2021/03/polis-siasat-majlis-pernikahan-neelofa.html
Previous
Next Post »