'Instafamous selamba upload gambar pergi honeymoon' - Netizen tak puas hati, Polis panggil pasangan Instafamous untuk diambil keterangan


Baru-baru ini, ada seorang instafamous berkongsi mengenai dia dan pasangannya berjaya memperoleh kebenaran untuk merentas negeri bagi tujuan berbulan madu. 


Perkongsiannya itu mengundang persoalan ramai followersnya dan bagi menutup segala persoalan itu, dia akhirnya mendedahkan kepada umum bagaimana dia berjaya berbuat demikian. 


Menurut instafamous itu, dia memohon kebenaran untuk merentas negeri dengan menggunakan alasan untuk berbulan madu. Namun, kebenaran yang diberikan itu juga bergantung pada mood pegawai polis berkenaan. 


"Bolehlah, dah booking sejak Disember. Tapi kalau polis tempat korang sejenis strict, pandai-pandailah hadap. Polis tempat Inaz kata,


"Lama betul tunggu, ni pengantin baru ke ni? Ha boleh-boleh, tempat private kan? Ke nak pergi kenduri? Kenduri tak boleh"


"Ikut pegawai yang cop juga. Kalau mood dia tak okay, jangan harap lepas. But seriously everything is already back to normal lah. Jalan raya pun penuh dah. Asal jaga SOP," katanya. 


Perkongsian itu mengundang banyak reaksi netizen yang kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan pasangan itu. Ini kerana mereka selama ini begitu patuh dengan SOP yang ditetapkan, tetapi apabila melihat ada pasangan yang sewenang-wenangnya diberi kebenaran untuk merentas negeri, sudah tentu perasan tidak puas hati itu datang melanda. 


"Kesian orang lain nak balik kampung jumpa mak ayah pun tak dapat. Tahu-tahu instafamous selamba je upload gambar honeymoon," kata netizen. 



Beberapa hari kemudian selepas perkongsian itu viral, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memanggil pasangan itu untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan berkaitan isu pergerakan merentas negeri. 


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju pada Isnin lalu untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru bagi tujuan urusan perniagaan. 


"Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat dan berdasarkan dokuman yang dikemukakan, permohonannya diluluskan bermula dari Rabu hingga Sabtu," katanya. 


Bagaimanapun, gambar pasangan berusia lingkungan 20-an itu viral di media sosial kononnya pergi berbulan madu sehingga dipertikaikan oleh netizen yang tidak berpuas hati pasangan itu diberi kebenaran untuk merentas negeri.


Dalam keterangan pasangan itu menjelaskan, mereka menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan di sana. Bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan juga telah dikemukakan.


Pasangan itu juga mengaku ada memuat naik gambar mereka di akaun instagram milik isteri, tetapi menafikan dakwaan berada di Pulau Perhentian, Terengganu seperti yang didakwa netizen. Lelaki itu berkata, posting yang dimuat naik oleh isterinya itu adalah bersifat peribadi tetapi telah diviralkan di Twitter tanpa pengetahuan mereka. 


Justeru, Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan merentas negeri sentiasa berhati-hati dan tidak menyalahgunakan kebenaran yang diberikan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 


Sumber: Lobak Merah, Sinar Harian



source https://www.thereporter.my/2021/03/instafamous-selamba-upload-gambar-pergi.html
Previous
Next Post »