Guru praktikal diberhentikan serta-merta, ibu murid buat laporan polis


Susulan viral video seorang guru wanita mengasari murid lelaki di sebuah sekolah di Jalan Kebun, Shah Alam semalam, ibu kepada mangsa tampil membuat laporan polis, petang tadi.  


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu mangsa. 


"Saya mengesahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak_kanak," katanya. 


Polis telah mengenal pasti identiti guru terbabit dan telah dipanggil untuk membantu siasatan. Setakat ini, guru berkenaan belum ditahan


Berdasarkan laporan Harian Metro, guru terbabit dalam video viral berdurasi 10 saat itu berkata, "Kau masuk baris cepat... gerak.". 


Sementara itu, seorang lelaki, Sheikh Al Fariq, yang mendakwa mempunyai anak belajar di sekolah yang sama memaklumkan, guru wanita itu telah diarahkan untuk berhenti serta-merta. 


Perkara itu dimaklumkan oleh pengetua sekolah itu sendiri kepadanya. Pihak sekolah juga telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita terbabit. 


"Nak jumpa cikgu terbabit tetapi sudah tiada dan tidak dibenarkan mengajar serta-merta. Kejadian berlaku semalam. 


"Saya lihat pihak sekolah terutama pengetua sekolah amat mengambil serius tentang perkara ini kerana cikgu itu bukan mengajar tetap, hanya cikgu praktikal," katanya. 


Sheikh Al Fariq juga dimaklumkan, rakaman video itu dibuat untuk dihantar kepada pihak universiti. Video itu tersebar selepas tunang kepada guru yang merakam video itu ternampak kejadian tersebut. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



source https://www.thereporter.my/2021/03/guru-praktikal-diberhentikan-serta.html
Previous
Next Post »