Majlis sambutan ulangtahun kelahiran bertukar menjadi malapetaka selepas beberapa tetamu yang sedang menari terkinja-kinja terjatuh dalam lubang sama ada lubang pembentungan atau bekas perigi lama.
Video kejadian itu juga tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
"Kami menari betul-betul di atas lubang itu sebelum lantai itu pecah dan kami terjatuh ke dalamnya," kata Epilator Gabriela Carvalho, 38, salah seorang mangsa dalam kejadian itu.
Kemalangan yang tidak dijangkan itu berlaku ketika dia bersama beberapa rakannya meraikan sambutan ulangtahun kelahiran rakan mereka di rumah nenek Carvalho di bandar Alagoinhas, Brazil.
Carvalho dan rakan-rakan sebelum kejadian, sedang menari mengikut lagu popular Portugis, 'Tem Cabare Essa Noite' tanpa menyedari bahaya sedang menanti mereka.
Tanpa sempat berbuat apa-apa, lantai yang dipijak itu pecah dan keenam-enam mangsa jatuh ke dalam lubang tersebut.
Kejadian itu sempat dirakam oleh anak perempuan Carvalho yang menunjukkan kesemua mangsa bersaiz (serba salah nak taip) sedang melompat-lompat dalam bulatan dan tiba-tiba terjatuh dalam lubang membuatkan tetamu yang lain terkejut.
Bagaimanapun, kesemua mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan seperti luka kecil dan lebam sahaja.
Menurut mangsa, keluarganya pernah mengadakan majlis di tempat yang sama, tetapi tidak pernah berlaku kemalangan seperti itu.
Ekoran kejadian itu, lubang tersebut telah ditutup selama-lamanya agar kejadian yang sama tidak berulang pada keluarga itu lagi.
Sumber: New York Post
source
https://www.thereporter.my/2022/09/video-6-wanita-sedang-menari-terkinja.html
This is dummy text. It is not meant to be read. Accordingly, it is difficult to figure out when to end it. But then, this is dummy text. It is not meant to be read. Period.
Related Post
'Dia rosakkan rumah tangga orang, dia pula macam tersakiti?' - Mira guna hashtag 'sabar' dalam kapsyen gambar terbaru, dikecam netizen
Biar pun dikecam teruk di media sosial, perkara itu tidak menghalang Mira atau nama sebenar Ami
'Jantung & buah pinggang Aqil dah 'hangus' habis' - Ibu sedih, anak sulungnya meninggal dunia akibat strok haba, dehidrasi
Baru-baru ini pakar kesihatan menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti di luar rumah ser
Netizen kecam influencer buat content sindir golongan B40, tapi Ryzal Ibrahim kata ramai tak faham maksud tersirat
Pempengaruh (Influencer) terkenal Ryzal Ibrahim baru-baru ini memuat naik konten mengenai rutin
Haqiem Rusli dan Isteri mahu saman stesen minyak, tanggung kerugian RM50,000 akibat kecuaian pekerja
Penyanyi popular, Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea melalui satu kenyataan di Instagram memak