Jerantut tiada telur?

Foto Bernama


Beberapa pasar raya di Jerantut dilapor kehabisan bekalan telur sejak minggu lalu menyebabkan golongan peniaga terutamanya yang terbait dalam perniagaan pastri, terjejas. 


Berkata kepada Utusan Malaysia, pengusaha kek pelangi, Farah Adila Jaafar, 33, terpaksa mengehadkan tempahan yang diterima dan terpaksa bertanya kepada rakan-rakannya di mana ada bekalan telur. Sedangkan sebelum ini, bekalan telur mudah didapati di beberapa pasar raya dan kedai runcit.


"Kalau tiada telur, macam mana nak buat kek? Itu memang bahan utama untuk saya menghasilkan makanan ini. 


"Kena sentiasa bertanya kepada rakan-rakan untuk mengetahui pasar raya atau kedai runcit mana yang ada bekalan telur. Kalau dapat tahu, kena segera pergi ke sana. Kalau tidak, memang tak sempat hendak mendapatkan bekalan telur," katanya. 


Bagi pengusaha kedai runcit, Noorsuhada Suhaimi, 23, berkata, pihaknya hanya menerima bekalan telur 50 sarang sahaja dari pembekal untuk tempoh dua kali seminggu dan ia akan habis terjual dalam masa sehari. 


Ini kerana, ramai pelanggan yang membeli telur dalam jumlah yang banyak dari golongan peniaga kedai makan. Hal itu membuatkan penduduk yang lain tidak sempat membeli telur. 


"Ada ketika saya kasihan dengan penduduk setempat, saya akan simpan sedikit untuk mereka dan tidak menjualnya sepenuhnya kepada peniaga," katanya. 


Sumber: Utusan Malaysia



source https://www.thereporter.my/2022/09/jerantut-tiada-telur.html
Previous
Next Post »