Pengarah Universiti Awam ditahan, disyaki terima rasuah Honda Accord 2.4 bernilai RM174,500



Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti di sebuah universiti awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka kerana disyaki menerima rasuah sebuah kereta bernilai RM170,000. 


Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, suspek berusia 50-an itu ditahan pada jam 3 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan di SPRM Melaka. 


Suspek disyaki telah menerima suapan dari syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorong untuk memperoleh tender terbuka bernilai lebih RM1.6 juta. 


"Suspek disyaki telah menerima sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350," katanya. 


SPRM Melaka akan mendapatikan perintah tahanan reman terhadap suspek daripada Kompleks Mahkamah Ayer Keroh hari ini. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 thaun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 


Sumber: Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2022/09/pengarah-universiti-awam-ditahan.html
Previous
Next Post »