Filem Mat Kilau masuk Netflix, ramai netizen beri reaksi negatif & ini respon Syamsul Yusof



Jumaat lalu, filem Mat Kilau mula ditayangkan di platform streaming Netflix sempena sambutan Hari Malaysia, mengundang pelbagai reaksi netizen yang majoritinya negatif berbanding awal tayangannya di pawagam. 


Berdasarkan pemerhatian, netizen tidak berpuas hati dengan sinematografi yang dikatakan kucar-kacir, skrip kurang menarik yang kedengaran seperti mendengar ceramah dan sebagainya.


"5/10, cameraman bersilat juga kot, pening tengok. Ending tak best, masa part penduduk kampung bertempur dengan tentera British tu, macam ada babak diulang pakai,"kata netizen 1. 


"Tak boleh nak habis tonton kat Netflix. Kamera gegar lain macam kerap. Tukar cerita lain, tak rasa menyesal tak pergi tonton di panggung walaupun hype kaw-kaw dulu," kata netizen 2. 


"Sound effect terlebih la, macam tengok filem tamil pulak. Seni silat memang terbaik, fokus tang tu je dulu. Belum tengok habis lagi, kita dah skip tengok cerita lain dulu," kata netizen 3. 


"Habis menonton Mat Kilau di Netflix. Aku bagi 3/10. Plot cerita sangat tak menarik. Babak permulaan yang orang kampung kena bunuh, yang Elly jerit-jerit tu je aku dah mula rasa 'off', tapi cuba bawa bertenang layan. Skrip cringe, aku tak percaya filem ini raih 80 juta," kata pengguna di Twitter. 




Menurut laporan portal hiburan, filem arahan Syamsul Yusof itu mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara iaitu RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di pawagam. Kutipan itu sekali gus mengatasi filem Avengers: Endgame yang meraih kutipan RM87 juta. 


Sementara itu, Syamsul berkata, dia menerima respon yang sangat baik dan luar biasa, selain menerima mesej daripada peminat di seluruh dunia yang mengucapkan tahniah. 


"Ada suka, puji melambung, hina pun ada. Jadi, tenang-tenanglah. Apa pun Alhamdulillah. Saya dah lama buat filem, dah masak. Filem ni biasalah, apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyukur. Lepas tu sebagai pengkarya filem, jangan mudah puas hati. Terus perbaiki dan baik perlahan-lahan.


"Apabila ditayangkan di Netflix kelmarin, repsons pun sangat baik, luar biasa juga. Saya setiap hari menerima mesej daripada peminat di serata dunia. Ada dari Jerman, Madinah, Australia, Amerika Syarikat, cakap tahniah dan pasukan Mat Kilau," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Komen netizen di media sosial



source https://www.thereporter.my/2022/09/filem-mat-kilau-masuk-netflix-ramai.html
Previous
Next Post »