Ditukar ubat, Najib alami kesan sampingan teruk & akan dirujuk ke Hospital Kajang



Bekas perdana menteri, Najib Razak, 69, dilaporkan mengalami kesan sampingan yang teruk akibat dari pengambilan ubat darah tinggi baharu.


Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Ahli Parlimen Pekan itu akan dirujuk ke Hospital Kajang pada jam 2 petang ini selepas selesai prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi. 


"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa, ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya. 


"Bagaimanapun dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah pada prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini," katanya. 


Najib berdepan dengan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah wang yang sama. 


Laporan berita itu mengundang pelbagai reaksi netizen, bagaimanapun ramai yang mendoakan bekas perdana menteri itu cepat sembuh agar kes dapat dibicarakan dengan lancar tanpa sebarang drama murahan.


"Semoga Najib Razak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan hidup. Bersabarlah dan hadapilah ujian ini dengan penuh redha. Penyakit yang bossku hadapi adalah pencuci segala dosa. 


"Kesian aku tengok manusia-manusia yang berhati hitam mengutuk, mengeji dan menghina orang yang sedang sakit," kata FB Takdir Yg Terindah.


Sumber: Berita Harian



source https://www.thereporter.my/2022/09/ditukar-ubat-najib-alami-kesan.html
Previous
Next Post »