Warga emas lakukan amang seksual terhadap anak saudara dipenjara 4 tahun, 2 sebatan

Foto Harian Metro


Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya yang berusia tujuh tahun pada 2019. 


Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh berusia 55 tahun didapati dan bekerja sendiri didapati ebrsalah terhadap pertuduhan itu. 


Mahkamah turut memerintah tertuduh berada dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman. 


Berdasarkan pertuduhan, warga emas itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang pada Julai 2019.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh pula diwakili oleh peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/07/warga-emas-lakukan-amang-seksual.html
Previous
Next Post »