'Saya memang ada pemandu peribadi, tapi apa tujuan korang sebar data peribadi saya?' - Haqiem Stopa lapor polis



Susulan butiran peribadi dalam notis saman tular di media sosial, Haqiem Stopa, 22, tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya. 


Haqiem melalui Instastorynya berkata, "Malaysia ada undang-undang, saya akui dan terima hukuman. Jadi apakah tujuan dan motif tuan menyebarkan data peribadi saya tanpa izin? 


"Butiran dalam surat saman tersebut seperti nama penuh, alamat dan no kad pengenalan saya adalah data peribadi saya," katanya. 


Dalam masa sama dia turut menyertakan kenyataan Datuk Jailani yang memaklumkan bahawa penyebaran maklumat peribadi tanpa persetujuan tuan empunya badan adalah merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 130.


Haqiem juga menegaskan dia sememangnya ada pemandu peribadi seperti yang dillaporkan media sebelum ini. 


"Saya memang a da pemandu peribadi, dia tak larat sangat malam tu. Lagi satu, saya kena saman naik kereta, bukan naik motosikal," katanya.


Jika didapati bersalah, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. 


Menurut laporan Harian Metro, Haqiem membuat laporan itu di Balai Polis Sungai Pelong, Sungai Buloh pada jam 3 petang semalam. 





Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan seorang influencer TikTok dikenakan saman atas kesalahan memandu tanpa lesen dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. 


Haqiem Stopa mengakui dirinya disaman kerana memandu kereta jenis Audi tanpa lesen. Haqiem menjelaskan dia berbuat demikian kerana pemandu peribadinya pada ketika itu tidak larat memandu, lalu mengambil inisiatif untuk memandu kenderaan itu sendiri sebelum ditahan dalam satu sekatan jalan raya di ibu kota. 


Sumber: Harian Metro, Instagram Haqiem Stopa



source https://www.thereporter.my/2022/07/saya-memang-ada-pemandu-peribadi-tapi.html
Previous
Next Post »