Wanita mati ditembak bekas suami selepas kongsi hal perceraian di TikTok



Seorang wanita Pakisan-Amerika berusia 29 tahun dilapor maut dibunuh oleh bekas suaminya selepas mangsa berkongsi mengenai hal perceraiannya di TikTok. 


Jurugambar Sania Khan mati ditembak dan dibunuh oleh bekas suaminya, Raheel Ahmed, 36, yang sanggup datang dari Altanta, Georgia, ke kediaman baharu Khan di Chicago . 


Menurut jurucakap Polis Chicago berkata, semasa pasukan polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui mangsa dan suspek yang masing-masing mempunyai kesan tembakan di kepala, selain menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu. 


@geminigirl_099 ❤️ #beforeandafter #bridesmaiddresses #bridesmaids #beforeandafterwedding #wedding ♬ original sound - Areneemua


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. 


Pejabat Koroner Daerah Cook mengesahkan, mangsa mati akibat dibunuh, manakala suspek pula mati akibat bunuh diri. 


Siasatan awal mendapati, Khan menggunakan akaun TikToknya, GeminiGirl_099 untuk berbicara mengenai kehidupannya berumah tangga yang tidak bertahan lama di mana dia dan suami bercerai biarpun hubungan itu belum genap setahun. 


@geminigirl_099 Your person is waiting for you on the other side ❤️ #healing #islamicdivorce #muslimdivorce #southasian #desi #divorcejourney #heartbreak ♬ Running Up That Hill (A Deal With God) - Kate Bush


Luahannya mengenai perceraian itu tular di serata platform media sosial dan mengundang banyak reaksi dari netizen. 


Beberapa hari kemudian, polis menerima laporan yang mendakwa Khan hilang sebelum menemui mayat wanita itu bersama bekas suaminya di dalam rumah. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2022/07/wanita-mati-ditembak-bekas-suami.html
Previous
Next Post »