2 pegawai kanan PDRM 'Asisten Superintendan & Inspektor' dikesan berhibur di kelab malam



Serbuan yang dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah kelab di Petaling Jaya pada Rabu, berjaya mengesan dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 12.15  tengah malam itu, mengesan dua pegawai terbabit bersama dengan pengunjung di premis tersebut.


"Semasa serbuan dibuat, terdapat dua pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan Polis dan Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Bukit Aman berada di dalam premis tersebut," katanya. 


Turut tular di aplikasi Telegram yang mendakwa, turut dirampas sejumlah wang tunai RM56,750 dalam beg galas dibawa oleh salah seorang pegawai terbabit. 


Arjunaidi bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. "Tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dibuat terhadap kedua pegawai berkenaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak," katanya. 


Kes dua pegawai terbabit akan dirujuk kepada JIPS untuk dikenakan tindakan tatatertib. Arjunaidi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang didapati melanggar peraturan atau mencemarkan imej pasukan. 


Tindakan tegas tetap akan diambil terhadap pegawai/anggota terbabit mengikut peraturan sedia ada. 


Sumber: Sinar Harian



source https://www.thereporter.my/2022/07/2-pegawai-kanan-pdrm-asisten.html
Previous
Next Post »