'Kami sedang mengenal pasti punca gangguan bekalan elektrik' - TNB mohon maaf atas segala kesulitan

Foto Sekadar Hiasan Sahaja


Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gangguan elektrik tidak berjadual mengundang kekecohan para pengguna di media sosial. 


Lapor Astro Awani, antara kawasan yang dikenal pasti terjejas adalah Lembah Klang, Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, Kuala Lumpur, Cheras, Kepong, Hartamas dan Bukit Damansara.


Gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan berlaku di Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang..


Difahamkan, kesemua kawasan yang terjejas itu terputus bekalan elektrik bermula jam 12.50 tengah hari tadi. 


Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan terkini mengesahkan kejadian itu yang melibatkan beberapa kawasan di  Semenanjung Malaysia. 


"Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak jam 12.39 tengah hari ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan. 


"Antara kawasan yang terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota. 


"Walau bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang. 


"Punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini," katanya. 


Sumber: Facebook TNB, Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2022/07/kami-sedang-mengenal-pasti-punca.html
Previous
Next Post »