'Nasib baik anak aku jerit!' - Beg duit dalam kereta nyaris dilarikan, penyamun sempat 'menyeringai' ketika ditahan



Hasrat seorang lelaki menyamun beg duit dalam sebuah kereta orang awam tidak kesampaian apabila suspek berusia 40-an itu berjaya ditahan. 


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.10 pagi Isnin, 11 Julai 2022, di Jalan Genuang di mana ketika itu mangsa keluar dan meninggalkan anak lelakinya berusia 12 tahun dalam kereta Proton Wira.


Suspek kemudian datang membuka pintu penumpang hadapan dan cuba menyamun sebuah beg milik mangsa yang mengandungi wang tunai.


Kejadian itu sempat dilihat oleh anak mangsa yang kemudian terus menjerit sekuat hati sehingga menarik perhatian orang ramai termasuk bapanya. 


"Jarak saya dengan kereta hanya 10 meter sahaja. Tetapi suspek berani masuk, sudahlah anak saya berada dalam kereta. Alhamdulillah dia tak buat apa-apa pada anak," kata mangsa.


Kebetulan tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Segamat sedang melakukan rondaan di kawasan itu terus membantu menahan suspek. 


"Nasib baik anak saya menjerit, terus saya kerja dan tangkap dia. Mujur ada abang-abang polis yang membantu menahan suspek. Kalau tak ada abang-abang polis, tak dapat la tangkap suspek. Sebab saya dengan abang ipar saya saja bergelut dengan suspek. Orang awam lain hanya pandang," ujarnya. 





Siasatan awal mendapati, suspek merupakan warganegara Indonesia berusia 45 tahun, memiliki enam rekod jenayah lampau dan tujuh kes berkaitan dadah. 


Polis tidak menolak, suspek mungkin terbabit dengan beberapa kejadian yang sama di kawasan itu. Suspek direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 379 dan 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri. 


Bahrin menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan kanak-kanak berseorangan di dalam kereta, selain sentiasa memastikan pintu kenderaan sentiasa dikunci bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. 


Sumber: Kosmo Online



source https://www.thereporter.my/2022/07/nasib-baik-anak-aku-jerit-beg-duit.html
Previous
Next Post »