'Batalkan perkahwinan, dia terlalu pendek & hodoh!' - Gadis terkilan dihina bakal mertua di depan tetamu majlis



Seorang wanita dari Tunisia berkongsi mengenai kisah sedihnya di Facebook bagaimana hari bahagianya yang sepatutnya menjadi hari terindah bertukar menjadi mimpi ngeri. 


Lamia al-Labawi dan pasangan telah menjalinkan hubungan selama empat tahun dan merancang untuk berkahwin. Semua perancangan dan persiapan telah dilakukan, malah banyak wang telah dibelanja bagi memasikan semuanya berjalan mengikut perancangan. Namun, mereka terlupa mengambil kira restu dari ibu bakal pengantin lelaki. 


Menurut Lamia, dia tidak pernah berjumpa dengan bakal ibu mertuanya secara bersemuka sebelum ini dan pada hari kejadian, dia bukan sahaja tidak diterima oleh keluarga bakal mertua, malah dibenci. 


Ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung dengan ramai tetamu yang hadir, bakal ibu mertua Lamia tampil di hadapan semua tetamu dan meminta anak lelakinya membatalkan sahaja perkahwinan itu. 


Si ibu memberi alasan, Lamia terlalu pendek dan hodoh serta tidak layak untuk berkahwin. Ini kerana dia sebelum ini hanya melihat gambar Lamia dan apabila melihat Lamia di depan mata, dia sangat kecewa penampilan Lamia tidak seperti yang diharapkan. 


Para tetamu terkejut dengan kejadian itu, bertambah mengejutkan lagi apabila pengantin lelaki akur dengan ibunya lalu mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan itu. 


Tanpa mempedulikan perasaan Lamia dan ramai tetamu yang hadir, dua beranak berkenaan bangun meninggalkan majlis perkahwinan tersebut. 


Kisah yang menimpa Lamia tersebar meluas di media sosial dan dia mula menerima banyak mesej dari orang ramai yang menyokongnya serta menasihatkan dia untuk tabah serta mengatakan pengantin lelaki itu tidak layak untuk berkahwin dengannya. 


"Dunia adalah pelajaran.. Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan dan insya-Allah, yang seterusnya adalah baik. Lamia adalah pengajaran dari iktibar kehidupan dan masa depan yang lebih indah. InsyaAllah," kata netizen, Sana Cherif. 


Terharu dengan sokongan ramai itu, Lamia memuat naik video mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat kepadanya. 


Sumber: Oddity Central



source https://www.thereporter.my/2022/08/batalkan-perkahwinan-dia-terlalu-pendek.html
Previous
Next Post »