(Video) Remaja diacu pisau sebelum disamun penjenayah dalam lif



Dua remaja berdepan dengan detik cemas apabila mereka disamun oleh penjenayah bersenjatakan pisau di dalam lif, dalam kejadian yang berlaku di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Desa Jaya, Isnin lalu, lapor Harian Metro. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat yang tular di media sosial, menunjukkan dua remaja terbabit disamun dalam lif. 


"Kami ada menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun iaitu mangsa dalam kejadian itu yang berlaku pada jam 12.40 tengah malam, Isnin lalu. 


"Suspek bersenjatakan pisau melakukan rompakan ke atas mangsa dan memaksanya menyerahkan barang-barang berharga. 


@utusantvofficial AMARAN! VIDEO YANG DIPAPARKAN MENGANDUNGI IMEJ YANG MUNGKIN MENGGANGGU EMOSI. Kejadian pada 4 JUL 2022. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound


"Dalam kejadian itu, mangsa hanya mengalami kerugian sebuah telefon bimbit dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya. 


Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan atas kesalah melakukan rompakan. 


Polis juga sedang giat mengesan suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, -Inspektor Ishak ABu Bakar di talian 03-61262222/011-39032329. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/07/video-remaja-diacu-pisau-sebelum.html
Previous
Next Post »