(Video) 'Takde jerung kat sini' - Kata pengawal penyelamat pantai Mesir sebelum pelancong dibaham jerung sehingga mati



Seorang pelancong wanita maut selepas kaki dan tangannya terputus akibat diserang ikan jerung. 


Mangsa warganegara Austria berusia 68 tahun itu meninggal dunia dalam ambulans akibat trauma selepas haiwan itu menyerangnya di Sahl Hasheesh, sebuah teluk yang popular di pantai Laut Merah, Mesir, berhampiran dengan Sham El Sheikh. 


Orang ramai yang hanya mampu menyaksikan kejadian itu dan tiada sesiapa yang berani tampil membantunya. 


Dalam video yang tular kedengaran seorang pelancong Rusia yang turut membuat rakaman mengadu kawasan itu tidak menyediakan pengawal pantai atau penyelamat yang mencukupi. 


Mangsa dalam keadaan berlumuran darah kelihatan bersendirian dan kembali ke jeti selepas haiwan itu beredar. 


Saksi mendakwa mangsa kehilangan tangannya tetapi tidak menyebut kaki mangsa terputus. 


"Orang ramai bergegas keluar dari laut. Tiada ambulans, tiada sesiapa yang menolongnya. Salah satu tangannya telah dibaham sehingga ke paras siku. Jerung itu menggigit tangannya lalu dipusing. 


"Mana penyelamat? Dia berlumuran darah tu! Jerung gigit tangan dia. Mana penyelamat nih? Tolonglah dia, dia akan mati!" kata saksi. 



Susulan dari kejadian itu, pihak berkuasa telah menutup kawasan itu selama tiga hari dan melarang sebarang aktiviti seperti berenang, menyelam dan memancing. 


Sementara itu dalam satu laporan lain, pengawal penyelamat pantai berkenaan dilaporkan hanya ketawa apabila ada pelancong memaklumkan mengenai serangan jerung itu. 


Menurut seorang pelancong, dia memaklumkan penampakan ikan jerung di kawasan tersebut, 15 minit sebelum kejadian yang menimpa mangsa warga Austria terbabit. 


"Tiada jerung di Sahl Hasheesh dan tidak pernah ada," kata pengawal penyelamat berkenaan sambil ketawa. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2022/07/video-takde-jerung-kat-sini-kata.html
Previous
Next Post »