Xiaomi Mempatenkan Topeng Muka Pintar Yang Boleh Mengetahui Tahap Pencemaran Udara

https://ift.tt/eA8V8J

Pelbagai syarikat teknologi sering membangunkan dan mempatenkan teknologi baru yang mungkin dipasarkan mereka pada masa akan datang. Terbaru, Xiaomi dilihat telah pun menerima paten untuk topeng muka pintar.

Topeng muka pintar ini dilihat akan dilengkapi penapis pencemaran, selain pada masa yang sama turut menyertakan sensor khusus bersama dengannya.

Melaluinya, pengguna boleh mengetahui berapa lama mereka telah memakai topeng berkenaan, selain turut boleh menghantar data ke peranti lain. Data yang boleh dihimpunkan adalah termasuk kadar pencemaran yang telah diserap oleh topeng berkenaan, dan indeks kualiti udara persekitaran.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada topeng ini akan dihasilkan secara komersil ataupun sebaliknya.

Previous
Next Post »