Google Memperkenalkan Android 11 Developer Preview – Ditujukan Untuk Para Pembangun

https://ift.tt/eA8V8J

Google kini nampaknya menawarkan versi pembangunan sistem operasi Android akan datang lebih awal dari jangkaan biasa. Hari ini, Google telah mula menawarkan Android 11 Developer Preview, sekaligus membolehkan para pembangun mengujinya terlebih dahulu, dan mengoptimasikan aplikasi mereka untuk sistem operasi Android 11 akan datang.

Versi pembangunan awal ini hanya ditawarkan untuk telefon Pixel 2, 3, 3A atau 4 sahaja. Google dijangka berkongsi lanjut mengenai ciri-ciri dan sebagainya pada acara Google I/O yang dijadualkan bulan Mei kelak.

Melalui Android 11, Google dijangka memberikan lebih penekanan pada sokongan pembelajaran mesin, integrasi 5G, sokongan HEIF, pengoptimasian untuk telefon dengan skrin boleh-lipat, dan beberapa ciri-ciri baru. Sekuriti dan privasi juga turut diberikan perhatian, termasuk akses kepada geolokasi, dan integrasi biometrik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan penawaran Android 11 ini dalam minggu-minggu akan datang.

Layari : Android 11 Dev Preview

Previous
Next Post »