Google Mula Memerangi Aplikasi Dengan Iklan Menganggu Di Google Play Store

https://ift.tt/eA8V8J

Google telah mula memerangi iklan-iklan yang menganggu pengalaman pengguna di pelayar web Chrome. Kini selain daripada pada web, pihak Google turut telah mula memerangi paparan iklan yang menganggu aplikasi mudah-alih.

Google kini mengumumkan yang mana mereka telah membuang hampir 600 aplikasi di Google Play Store kerana menggunakan iklan yang menganggu.

Google buat masa ini memerangi aplikasi yang memaparkan iklan menganggu – sebagai contoh, memaparkan iklan apabila pengguna tidak menggunakan aplikasi berkenaan, atau memaparkan iklan ketika anda sedang menggunakan aplikasi lain.

Buat masa ini, Google hanya pada peringkat permulaan dalam memerangi aplikasi seumpamanya, dan ia dijangka akan dilakukan secara automatik melalui pembelajaran mesin pada masa akan datang.

Previous
Next Post »