Oppo Mengumumkan Latar Masa Baharu Kemaskini ColorOS 7

https://ift.tt/3bTN8FZ

Oppo mengumumkan antaramuka baharu ColorOS 7 yang berasaskan Android 10 pada November tahun lalu bermula di China terlebih dahulu. Tetapi mereka telah mengumumkan latar masa pemberian ColorOS 7 terpaksa diubah kerana wabak Covid-19 yang sedang merebak di China.

Dengan latar masa baharu ini, kemas kini fasa pertama sistem operasi yang stabil akan diberikan pada 10 Mac diikuti pula oleh fasa kedua pada 20 Mac. Sebanyak 11 peranti akan menerima kemas kini stabil dalam kedua-dua fasa. Sebelum ini kesemua peranti dalam senarai telah diberikan versi Beta bagi pengguna yang berminat.

Dengan latar masa baharu ini, kemas kini versi global juga pastinya akan turut mengalami kelewatan tetapi pada waktu ini tiada maklumat rasmi diberikan oleh Oppo.

Fasa 1 (10 Mac)

  1. Oppo Reno Ace
  2. Oppo Reno Ace Gundam Edition
  3. Oppo Reno10x zoom
  4. Oppo Reno10x zoom FC Barcelona Edition
  5. Oppo R17 Pro
  6. Oppo R17 Pro
  7. Oppo Reno 2
  8. Oppo Find X

Fasa 2 (20 Mac)

  1. Oppo Reno
  2. Oppo Reno 2 Z
  3. Oppo F11 Pro
Previous
Next Post »