Dengan 2371 Telefon Mudah Alih, Koleksi Mr Nokia Mungkin Yang Terbesar Di Dunia

https://ift.tt/2uYdHt0

Secara purata rakyat Malaysia mempunyai lebih daripada dua telefon mudah alih. Di Makmal Amanz, kami mempunyai ratusan telefon pintar pelbagai jenama yang dikumpul sejak memulakan operasi. Tetapi koleksi kami amat kerdil jika dibandingkan dengan yang dimiliki oleh Jayesh Kale yang juga dikenali sebagai Mr Nokia di India.

Jayesh Kale yang tinggal di Mumbai mempunyai 2371 telefon mudah alih  di dalam koleksi beliau dengan majoritinya berjenama Nokia. Beliau mula mengumpul telefon mudah alih sejak enam tahun yang lalu dan jatuh hati dengan Nokia 3310. Telefon milik beliau ini masih mampu beroperasi walaupun selepas terjatuh dari tingkat dua di kolej. Sejak dari hari ini ketagihan beliau mengumpul telefon mudah alih bermula.

Menurut Jayesh kesemua telefon di dalam koleksi masih lagi berfungsi. Beliau kini cuba mendapatkan pengiktirafan dari buku rekod Guinness sebagai koleksi telefon mudah alih terbesar di dunia. Pada waktu ini rekod dipegang oleh Carsten Tews dari Jerman yang mempunyai 1563 telefon mudah alih yang masih berfungsi..

Previous
Next Post »