ASUS ROG Zephyrus G14 Dengan Panel Dot Matrix Kini Melalui Ujian SIRIM

https://ift.tt/2V5OdEt

Di acara Consumer Electronics Show di Las Vegas pada bulan lepas, ASUS telah memperlihatkan sebuah model baru siri komputer riba gaming ASUS ROG Zephyrus mereka yang dinamakan ASUS ROG Zephyrus G14.

Spesifikasi dalaman komputer riba gaming ini termasuklah penggunaan siri APU AMD Ryzen 4000 yang digabungkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 yang cukup berkuasa untuk menggerakkan permainan-permainan moden pada resolusi Full HD dan tetapan sederhana ke tinggi.

Gimik utama komputer riba ASUS ROG Zephyrus G14 ini ialah  ia mempunyai panel Dot Matrix di belakang paparan yang boleh digunakan untuk menunjukkan pelbagai jenis corak, bergantung kepada kehendak pengguna.

ASUS ROG Zephyrus G14 (model nombor GA401I) baru-baru ini dilihat telahpun masuk ke pangkalan data SIRIM, dan sedang melalui ujian-ujian dan nampaknya akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Ini merupakan kali pertama sebuah komputer riba gaming dilihat hadir dengan gabungan cip pemprosesan daripada AMD dan kad grafik daripada NVIDIA, dan kami akan menunggu jawapan daripada mereka mengenai kehadiran komputer riba ini di pasaran tempatan.

Previous
Next Post »