Canon EOS 850D Akan Dilancarkan Di Malaysia – Kamera DSLR Mesra Pengguna Dengan Kebolehan Rakaman Video 4K

https://ift.tt/32dQ7Vb

Canon Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa kamera DSLR terbaru mereka, Canon EOS 850D akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kamera DSLR ini yang dipasarkan sebagai kamera mesra pengguna baru hadir dengan spesifikasi dalaman yang hampir sama dengan model sebelum ini. Ia menggunakan cip pemprosesan imej DiGiC 8 dan juga sensor CMOS Dual Pixel 24.1MP yang mampu mengambil gambar sepantas 7FPS, dan buat pertama kalinya didalam siri ini, merakam video pada resolusi 4K/25FPS.

EOS 850D ini juga hadir dengan sistem ISO yang lebih kurang sama berbanding dengan model sebelum ini, dimana ia hadir dengan julat 100-25,600, tetapi boleh terus ditingkatkan ke 51,200 jika diperlukan untuk ruang-ruang yang benar-benar gelap.

Dengan sistem autofokus cross-type sebanyak 45 mata pula, kamera ini yang menjanjikan pemfokusan yang pantas walaupun didalam kawasan yang gelap. Bagi mereka yang gemar menggunakan ciri Live View, jumlah mata autofokus meningkat sehingga 143 mata.

Kamera ini juga akan hadir dengan lensa kit EF-S 18-55mm f4-5.6 dan akan masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini pihak Canon Malaysia masih belum mengesahkan lagi tanda harga dan tarikh pelancaran kamera ini secara rasmi.

Previous
Next Post »