Apple Dilaporkan Akan Membenarkan Pengguna Mengubah Aplikasi Default

https://ift.tt/2SJEjHa

Pada waktu ini jika anda memiliki sebuah iPhone, setiap kali pautan internet ditekan peranti akan terus membukanya menggunakan Safari. Ini adalah amat menjengkelkan jika anda lebih gemar menggunakan pelayar lain seperti Chrome. Menurut laporan Bloomberg hari ini, Apple mungkin akan akhirnya membenarkan pengguna mengubah aplikasi default pada peranti Apple milik mereka.

Selain pelayar web, pengguna mungkin boleh mengubah aplikasi emel, dan pemain muzik. Pihak Apple walau bagaimanapun enggan memberikan komen mengenai laporan ini. Sejak iOS 13, Apple semakin terbuka untuk menyokong aplikasi pihak ketiga. Misalnya Siri kini boleh diberikan arahan untuk memainkan muzik menggunakan Spotify. Ini berlaku selepas Spotify memfailkan aduan kepada Kesatuan Eropah dan menuduh Apple menghalang akses kepada aplikasi lain.

Sebagai pengguna produk Apple kami berharap ini akan menjadi realiti memandangkan ciri mengubah aplikasi default telah lama diberikan pada peranti Android.

Previous
Next Post »