(Video) Ibu & bayi 12 bulan parah dilanggar pemandu mabuk


Empat beranak termasuk bayi perempuan berusia 12 bulan bersama ibunya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 malam Selasa 18 Februari 2020, di Persiaran Sultan Abdul Hamid, kereta BMW yang dipandu oleh lelaki mabuk terbabas sebelum melanggar bahagian belakang sebuah van persiaran menyebabkan ia terbalik lalu melanggar empat beranak itu yang berada di tepi jalan. 

Bashirah Mohd Yazid, 31, dan anaknya, Norhidayah Ahmad Yusof, 12 bulan, cedera parah, manakala suaminya, Ahmad Yusof Che Kar, 42, dan seorang lagi anaknya, Mohamad Taufiq Ahmad Yusof, 10 hanya mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah. 








Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati van persiaran yang dipandu lelaki berusia 58 tahun itu keluar dari simpang susuran Sultan Abdul Hamid 3, sebelum dilanggar kereta BMW yang datang dari arah Jalan Teratai. 

Akibatnya, kereta BMW itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar empat mangsa yang berada berhampiran lokasi kejadian. 


Pemandu BMW itu turut mengalami kecederaan dan dirawat di sebuah hospital swasta. Ujian saringan awal mendapati lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



source https://www.thereporter.my/2020/02/video-ibu-bayi-12-bulan-parah-dilanggar.html
Previous
Next Post »