Samsung Galaxy Buds+ Bakal Ditawarkan Dalam Warna Merah

https://ift.tt/2uj08np

Samsung Galaxy Buds+ ialah model kemas kini kepada Galaxy Buds dengan penambahbaikan pada kemampuan audio serta bateri. Pada waktu ini ia ditawarkan dalam warna putih, hitam dan biru cair. Tetapi dalam masa terdekat ia akan ditawarkan pula dalam warna merah.

Kewujudan versi warna merah ini didedahkan menerusi ciapan @evleaks. Warna merah digunakan pada pod pengecas serta dua fon telinga. Kemasan bahagian dalaman pod pengecas pula adalah dalam warna hitam. Pada waktu ini Samsung masih belum mengumumkan bila Galaxy Buds+ berwarna merah ini akan ditawarkan kepada umum. Di Malaysia Galaxy Buds+ dijua pada harga RM599.

Previous
Next Post »