Perkhidmatan WiFi Prcuma Google Station Akan Dihentikan Tahun Ini

https://ift.tt/32853E9

Empat tahun yang lalu perkhidmatan Internet percuma Google Station dilancarkan di India. Pada fasa awal ia ditawarkan di stesen kereta api bagi memudahkan pengguna untuk mengakses Internet percuma. Tetapi menurut Techcrunch, Google Station akan dihentikan operasinya secara berperingkat tahun ini.

Pada waktu ini Station menawarkan perkhidmatan WiFi percuma di Brazil, Africa Selatan, Nigeria, Thailand, Filipina, Mexico, India, Indonesia, dan Vietnam. Walaupun telah menarik diri , perkhidmatan WiFi percuma akan diteruskan oleh rakan Google. Di India ia akan diteruskan oleh Raitel manakala di Afrika Selatan pula oleh Think Wifi, Google akan membantu rakan kongsi untuk melakukan transisi bagi memastikan WiFi percuma akan terus diberikan kepada pengguna sedia ada.

Google mengatakan rangkaian 4G yang semakin berkembang serta pakej data yang semakin murah pada waktu ini adalah antara penyebab Station dihentikan. Kesukaran untuk menjadi keuntungan serta infrastruktur berbeza yang digunakan rakan kongsi turut menyumbang kepada keputusan menarik diri.

Sejak dilancarkan Google Station digunakan oleh jutaan pengguna setiap hari. Ia juga telah disalah guna di India untuk menonton kandungan dewasa serta memuat turun filem Hollywood secara haram.

Previous
Next Post »