https://ift.tt/38R3sFs
Realme Malaysia kini telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan terbaru mereka, iaitu Realme C3 pada 3 Mac 2020 kelak. Variasi yang bakal ditawarkan di Malaysia bakal hadir dengan sokongan tri-kamera belakang.
Realme C3 hadir dengan skrin 6.5-inci pada resolusi HD+, dijana dengan cip MediaTek Helio G70, dilengkapi memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB.
Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 3 Mac 2020 ini untuk melihat berapakah harga jualan dan variasi yang bakal ditawarkan pihak Realme.