Marshall Monitor II ANC Dilancarkan – Fon Kepala Nirwayar Dengan Bateri Sehingga 45 Jam

https://ift.tt/2SZ4Izp

Marshall mula mengeluarkan fon kepala nirwayar beberapa tahun yang lalu selepas mengukir nama sebagai pengeluar amplifier gitar sejak berdekad lamanya. Hari ini mereka melancarkan fon kepala nirwayar terkini mereka Marshall Monitor II ANC yang mempunyai ketahanan bateri sehingga 45 jam dengan sekali caj.

Marshall Monitor II ANC ialah model pertama Monitor yang mempunyai sistem pembatalan hingar. Dua model terdahulu adalah dari jenis berwayar dan nirwayar tetapi tanpa ANC. Apabila di dalam mod ANC, bateri boleh bertahan sehingga 30 jam. Jika ANC dinyahaktifkan barulah ia boleh bertahan sehingga 45 jam. Menurut Marshall fon kepala boleh dicas sepenuhnya dalam masa 2 jam manakala pengecasan selama 15 minit memberikan masa penggunaan sehingga 5 jam.

Seperti fon kepala Sony, Monitor II ANC menyokong mod transparensi yang membolehkan pemakai masih mendengar bunyi luaran seperti pengumuman penting dan hon kereta.

 

Terdapat tiga butang pada bahagian penutup telinga. Butang pertama ialah untuk kawalan universal seperti kekuatan audio dan melangkau muzik yang sedang didengari. Butang kedua pula adalah untuk mengawal sistem ANC manakala butang ketiga M Button membolehkan pengguna mengakses pembantu maya atau pratetapan audio.

Pengecasan dilakukan menerusi port USB-C. Sebuah kabel USB-C ke bicu audio disertakan bagi mereka yang memerlukan sambungan berwayar. Akhir sekali Monitor II ANC mempunyai kemasan bahan Tolex seperti amplifier Marshall di pasaran serta boleh dilipat untuk simpanan yang lebih padat. Marshall Marshall Monitor II ANC akan mula dijual pada bulan Mac pada harga $320 (~RM 1331) sepasang,

Previous
Next Post »