Jika anda rasakan bahawa permainan-permainan video dan komputer sekarang hadir dengan saiz fail yang besar, permua-permua (permainan mudah-alih) di platform Android dan iOS juga sudah mula hadir dengan saiz beratus megabyte, dan melalui beberapa permua baru, mula melangkaui saiz 1GB.
Aplikasi permua biasanya yang akan menghadapi masalah ini, dan oleh kerana ini, pengguna biasanya perlu menunggu sehingga permua mereka siap sebelum mereka boleh mula bermain.
Google baru-baru ini dilaporkan sedang menguji sebuah fail sistem baru yang dinamakan Incremental File System, dimana salah satu ciri utamanya ialah pengguna boleh memulakan aplikasi mereka sebelum ia habis dimuat-turun.
Sistem operasi Android akan mula memuat-turun sebuah aplikasi, dan apabila ia sudah siap pada peratusan yang ditetapkan, pengguna akan boleh mula menggunakan aplikasi yang sedang dimuat-turun itu, walaupun ia masih belum siap.
Kebolehan untuk memulakan perisian sebelum ia siap dimuat-turun bukanlah sesuatu yang baru. Contoh termudah ialah perisian permainan Blizzard ataupun Sony PlayStation yang membolehkan pengguna untuk membuat benda yang sama, cuma kini untuk aplikasi-aplikasi mudah-alih pula.
Menurut XDA-Developers, ada kemungkinan bahawa Incremental File System ini akan digunakan pada sistem operasi Android 12 yang akan dilancarkan pada tahun 2021 kelak. Untuk peminat permua dan mereka yang sering memuat-turun permua ataupun aplikasi-aplikasi yang bersaiz besar.