Menerusi Mate X, Huawei menawarkan peranti dengan skrin boleh-lipat pertama mereka. Tidak seperti Galaxy Fold, Huawei menggunakan rekaan satu skrin besar yang melipat untuk menjadi skrin kecil. Tetapi pada Mate X2 pula, mungkin mereka akan menggunakan rekaan dwi-skrin yang lebih menyerupai Galaxy Fold.
Huawei memfailkan rekaan baharu ini menerusi laman EUIPO. Peranti masih mempunyai bonjolan sisi untuk dwi kamera swafoto dan kuad-kamera utama. Bonjol yang sama akan menempatkan sebuah stylus seperti yang ditemui pada Galaxy Note. Rekaan ini memastikan skrin boleh-lipat yang besar tidak akan terdedah kepada kerosakan. Setakat ini hanya Samsung mengesahkan penggunaan panel kaca UTG pada skrin boleh-lipat secara eksklusif.
Tahun 2020 dijangka menjadi tahun lebih banyak peranti skrin boleh-lipat dijual kepada umum. Pada waktu ini kesemua peranti skrin-boleh lipat masih dijual pada harga yang di luar kemampuan kebanyakan pengguna.