'Tajuddin orang lama & berpengalaman' - PM Ismail pertahan pelantikan Tajuddin sebagai Duta



Banyak pihak termasuk rakyat membantah keputusan Putrajaya melantik Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. 


Walaupun sedar mengenai bantahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, pelantikan Tajuddin telah mendapat persetujuan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi). 


"Kita telah setuju lantik Tajuddin sebagai duta dan Indonesia juga setuju. Dia orang politik yang lama serta berpengalaman," katanya. 


Sementara itu, Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa Putrajaya mengkaji semula pelantikan Tajuddin yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Malah, Patriot juga berharap Putrajaya membatalkan pelantikan itu kerana Tajuddin sebelum ini pernah menimbulkan beberapa isu yang mencalarkan imej kerajaan dan negara. 


"Bukanlah susah sangat untuk memahami kekecewaan orang ramai dan mengapa ada protes yang meluas terhadap pelantikan duta ke Indonesia itu. 


"Walaupun perdana menteri menjamin Jakarta mengalu-alukan pelantikan tersebut, rakyat Malaysia tidak berpendapat begitu," katanya. 


Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia selepas jawatan itu yang terdahulu disandang diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar telah dikosong. 


Sumber: Bernama, MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2022/05/tajuddin-orang-lama-berpengalaman-pm.html
Previous
Next Post »