'Saya takut dia dirampas lelaki lain' - Bocah 15 tahun nekad kahwin awal dengan teman wanitanya



Tular di media sosial Indonesia pernikahan kanak-kanak di Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan, di mana dalam video tersebut, kedua-dua mempelai mengenakan baju pengantin khas kaum Bugis.


Difahamkan pernikahan pengantin lelaki berusia, MF, berusia 15 tahun dengan pasangannya, NSS, berusia 16 tahun itu berlangsung pada 22 Mei lalu dan kedua-duanya masih bersekolah. 


MF menjelaskan, dia sudah mempunyai perancangan untuk bekerja bagi memberi nafkah kepada isterinya iaitu bekerja di sawah dan beberapa lagi pekerjaan sampingan lain yang boleh menambah pendapatannya. 


Isterinya pula mengaku tidak akan melanjutkan persekolahan jika sudah tamat sekolah menengah dan hanya akan memberi fokus pada rumah tangga dengan suami. 


MF mengaku dia mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda kerana tidak mahu kekasihnya direbut orang di kemudian hari. 


"Saya memang nak kahwin sebab takut ditinggalkan, jangan sampai dia (isteri) dirampas orang," katanya. 


Pasangan itu dikatakan telah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu setelah berkenalan melalui media sosial. Bagi MF, keputusan menikahi isterinya di usia muda bukanlah masalah besar. Malah keluarga mereka juga bersetuju dengan keputusan itu. 


MF dan isterinya dinasihatkan oleh keluarga untuk menunda hasrat untuk menimang cahaya mata dan sebaik-baiknya fokus pada usaha mencari rezeki. 


"Saya sudah berbincang dengan isteri, keluarga juga menyarankan kami menundakan kehamilan. Sebaliknya fokus untuk mencari rezeki terlebih dahulu. 


"Pihak keluarga bersetuju kami bernikah agar tiada cerita negatif di kalangan penduduk. Tidak enak kalau dilihat selalu berbonceng motosikal, jadi kami minta dinikahkan segera dengan tujuan untuk menghindari zina," ujar MF. 


Sumber: Detik



source https://www.thereporter.my/2022/05/saya-takut-dia-dirampas-lelaki-lain.html
Previous
Next Post »