Penat menjaga bayi di waktu malam, ibu muda yang masih bersekolah tertidur dalam kelas



Tiga hari lalu, seorang pengguna TikTok, Leaarissaa, memuat naik video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan tidur di dalam kelas kerana penat menjaga bayinya berusia tiga bulan di sebelah malam. 


"When you become a mother too early," tulisnya pada kapsyen video tersebut. 


Ibu muda berusia 17 tahun itu mengakui, ramai menunjukkan reaksi terkejut apabila dia memberitahu umurnya sebenar kerana ada yang menyangka dia berusia 21 atau 22 tahun disebabkan wajahnya yang kelihatan matang. 


@leaarissaa when you become a mother too early 🤭 #fypã‚· #mamamuda ♬ Chạy ngay Ä‘i _ SÆ¡n Tùng MTP - dhn


Menurut si ibu yang berasal dari Sarawak itu berkata, dia mendirikan rumah tangga ketika masih di Tingkatan 4. 


Video tersebut telah ditonton lebih dari 1.4 juta kali dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendoakan hubungan pasangan itu dipermudahkan, tidak kurang juga yang mengecam tanpa mengetahui cerita sebenar. 


"Ada orang paksa kau kahwin awal ke? Mak pak budak ni pun, serius la muda-muda dah suruh anak tu kahwin? Aku kahwin umur 26 pun rasa awal pulak kahwin," kata  Mama Jawie. 


"Pelik-pelik la budak sekarang. Zaman sekolah ni la boleh happy dengan kawan-kawan buat itu ini sampailah masuk universiti. Zaman paling best. Kenapalah menghancurkan masa depan sendiri. Balik rumah nak belek buku maca mana, anak dok yoya yoya merempan cari maknya," kata Syamzana. 


"Kesungguhan awak nak pergi sekolah ni patut dicontohi tau! Proud of you girl, dah ada anak still nak belajar. Good luck! Anak mesti bangga nanti,:" kata Sabby. 


"Girl, kuatnya you. Mesti penat pagi sekolah, malam jaga anak. Hebatlah you," kata 10KF. 


"It's okay dear, please jaga amanah Allah okay. Ignore people, kita tak perfect. Tapi kita boleh usaha untuk jadi yang terbaik," kata Mirayfan. 


Walaupun sedar akan komen-komen negatif dilempar terhadapnya, Leaarissaa dilihat tidak mengendahkan perkara itu dan menganggap apa yang berlaku telah ditakdirkan dan rezeki untuk dirinya berkahwin pada usia muda. 


Sumber: TikTok Leaarissa, Forum Cari



source https://www.thereporter.my/2022/05/penat-menjaga-bayi-di-waktu-malam-ibu.html
Previous
Next Post »