Instafamous Cik Lala anjur majlis hari raya + pondan menari separuh bogel, ditahan polis



Seorang instafamous ditahan polis kerana menganjur Majlis Hari Raya yang dicemari dengan pondan menari separuh bogel dan pembakaran bunga api yang mengganggu ketenteraman awam di Central Walk I-City, baru-baru ini. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari Badan Pengurusan Bersama I-Soho I-City berhubung insiden itu dan bertindak di atas laporan, pihaknya telah menahan suspek. 


"Penganjur (suspek) yang dikenali dengan nama Cik Lala adalah individu yang menyewa unit berkenaan dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya, Jumaat lalu. 


"Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri. Penganjur telah ditangkap semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut. 


"Polis juga sedang dalam tindakan untuk menjalankan beberapa lagi tangkapan, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya. 


Siasatan awal mendapati, majlis tersebut diadakan pada 27 Mei kira-kira jam 8 hingga 11.30 malam di Dewan Unit B-Ug-12 Upper Grand Floor Central Walk I-City. 


Dalam majlis tersebut, sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diiringi bunyi muzik yang kuat, selain terdapat aktiviti pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.


JMB membuat laporan polis sehari selepas majlis tersebut, setelah mendapat mesej di aplikasi WhatsApp mengenai aktiviti tidak bermoral itu yang dianggap boleh menjatuhkan imej I-City sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong di Selangor. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/05/instafamous-cik-lala-anjur-majlis-hari.html
Previous
Next Post »