Siti Nur Athhiya Soffea ditemui lemas, 1.5 km dari lokasi dilaporkan hilang



Siti Nur Athhiya Soffea Muhammad Sukri yang dilaporkan hilang ketika majlis jamuan hari raya yang dianjurkan keluarganya pada malam Jumaat lalu, ditemui lemas, pagi Ahad, 29 Mei 2022. 


Pegawai Perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa ditemui terapung oleh anggota bomba pada jam 11.35 pagi, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan berpakaian lengkap, baju kurung berwarna merah.


Menurut laporan sebelum ini, mangsa dikatakan hilang ketika keluarganya masih melayani tetamu di malam majlis jamuan hari raya di kediaman mereka (rumah rakit) di Bukit Rangin. Kali terakhir mangsa dilihat oleh bapanya adalah pada jam 11.15 malam. 


Difahamkan, Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu. 


Muhammad Sukri kemudian bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir mengenai keberadaan anaknya, tetapi tiada yang mengaku melihat mangsa menyebabkan dia membuat laporan polis. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/05/siti-nur-athhiya-soffea-ditemui-lemas.html
Previous
Next Post »