Suami penggal kepala isteri guna pisau dapur kerana syak mangsa curang



Seorang suami yang cemburu mengaku telah memenggal kepala isterinya menggunakan pisau dapur, kemudian menunggang motosikal dengan membawa kepala mangsa yang disumbat dalam guni. 


Phuong Ratha, 28, berpindah ke bilik sewa di Phnom Penh, Kemboja, bersama isterinya, Ly Srey Nouch, 23, bersama anak lelaki mereka berusia setahun. Phuong mengesyaki isterinya berjumpa dengan lelaki lain. 


Suspek dituduh menyerang dan mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur sehingga terputus semasa pertengkaran yang berlaku pada Jumaat lalu, 27 Mei 2022. 


Phuong dilaporkan menyumbat kepala mangsa dalam gunia dan menunggang motosikal sebelum membuang kepala mangsa yang masih berdarah di tanah terbiar berhampiran. 


Jiran pasangan itu, Phan Sreyphet, 48, yang kebetulan datang ke rumah, terkejut apabila ternampak mayat mangsa tanpa kepala di lantai. Turut kelihatan pisau digunakan suspek yang masih terdapat helaian rambut mangsa. 


Polis segera melancarkan gerakan memburu suspek dan berjaya menahannya pada petang, 28 Mei 2022 di kampung halamannya di wilayah Takeo, 60 batu dari lokasi kejadian. 


Polis berkata, Phuong telah mengaku dalam keterangannya bahawa dia mengelar leher isterinya kerana cemburu dan cuba menyembunyikan kepalanya. 


"Saya cemburu kerana saya rasa isteri saya berkelakuan mencurigakan. Saya tidak memukulnya sebelum saya membunuh dia. Saya menggunakan pisau putih untuk memotong lehernya," kata Phuong. 


Phuong berkata, dia dan Ly berpindah ke kejiranan itu untuk memulakan kehidupan baru bersama anak lelaki mereka. Namun, jiran memberitahu polis bahawa Phuong sering berkelakuan ganas dan kasar, malah pernah menjerit terhadap mangsa yang didakwa berbual dengan lelaki lain di telefon. 


"Mereka selalu bertengkar dan suaminya menjerit-jerit. Dia kuat cemburu. Saya bimbang tentang isterinya lalu datang memeriksa keadaannya pada waktu petang hari kejadian dan terkejut apabila terjumpa mayatnya di atas lantai," katanya. 


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Boeung Kak, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh jiran dan mereka segera menghubungi pihak polis kira-kira jam 7 malam. 


Timbalan Pesuruhjaya Perancangan Jenayah di Polis Perbandaran Phnom Penh, Leftenan Jeneral Song Ly berkata, suspek didorongi rasa semburu. 


"Serangan itu bermotifkan kemarahan dan cemburu. Waran tangkap telah dikeluarkan dan suspek telah ditangkap. Dia telah mengaku membunuh isterinya dengan cara yang ganas dan kejam. Dia secara rasmi akan menghadapi pertuduhan di mahkamah," katanya. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2022/05/suami-penggal-kepala-isteri-guna-pisau.html
Previous
Next Post »