(Video) 'Umur 68 masih buat kerja Grab untuk sara hidup 2 anak, berlinangan air mata ni...' - Netizen zahirkan rasa simpati terhadap warga emas video viral


Di kala usia 60-an, tidak seperti warga emas lain, lelaki ini masih lagi bekerja mencari rezeki demi menyara kehidupan. Kisah warga emas yang dikenali sebagai Zakaria Abdul Wahab, viral di media sosial selepas dimuat naik oleh Daniel Ashraf di akaun TikTok semalam. 


Daniel yang juga bekerja sebagai penghantar makanan (Grab) berkata, dia terserempak dengan Zakaria atau Pakcik Zack selepas menghantar pesanan pelanggan di lokasi yang tidak dinyatakan. 


"Atuk ni aku jumpa masa aku buat (kerja) Grab. Dia punya buat Grab, umur dah 68 tahun. Baru dua bulan buat Grab. 


"Sedih bila dia cakap, dia buat Grab untuk sara hidup dia. Sebelum ini dia kerja bawa lori. 


"Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga atuk dimurahkan rezeki juga. Hati ni tengok atuk, teringat arwah atuk saya," kata Daniel. 


@danielashraf1370 kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih ♬ original sound - BrassicaOlerasia91 - DamianaJun91


Di media sosial, netizen menzahirkan rasa simpati dengan Pakcik Zack. Turut tampil beberapa individu yang mendakwa mengenalinya. 


"Encik Zack (warga emas berkenaan) ni driver bekas boss saya dulu. Memang jenis suka bekerja, tak boleh duduk saja. Rajin, dia memang peramah, suka borak. 


"Dia ada seorang anak perempuan, dua anak lelaki. Yang tinggal dengan dia, dua anak lelaki dan isterinya," kata Arip Lee. 


@danielashraf1370 Balas kepada @roseabdullll ♬ semangat ngontennya - SR.Kimz`ˢᵃⁿˢ


Ramai netizen meminta Daniel mendapatkan nombor akaun bank kerana mahu menghulur sumbangan kepada Pakcik Zack. Akur dengan permintaan itu, Daniel bertemu dengan Pakcik Zack dan menyampaikan hasrat netizen. 



Walaupun begitu, ada yang mempersoalkan apa yang dilakukan oleh dua anak lelakinya sehingga Pakcik Zack terpaksa bekerja di usia sebegini, tatkala warga emas lain sebaya dengannya kebanyakannya berehat di rumah menjalani hari-hari mendatang. 


Apa pun kisah di sebaliknya, netizen tetap berdoa agar Pakcik Zack dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya mencari rezeki. 


Sumber: TikTok Daniel Ashraf



source https://www.thereporter.my/2021/11/video-umur-68-masih-buat-kerja-grab.html
Previous
Next Post »